Dlm 2 bulan yg lepas aku kenal mamat ni kami chit chat online biasa2 je. Tiba-tiba suatu hari kami chit chat dia tegur dgn nada serius, dan dia tanya kalau aku nak perform utk pre-grad dinner mereka pada bulan April.
Pelawaan ini timbul sewaktu aku baru saja cipta lagu "nukilan" yang direkod dgn niat suka suka sahaja. Tak sangka sejak pelawaan itu byk dh berubah dlm hidup aku.
Aku fikir lagu itu sangatlah simple, tapi ke'simple'an lagu itu telah membawa aku hingga ke sini.
Bulan Mac sudah dikonfemkan dinner itu akan di buat di Saloma Bistro. Aku tak cuak sangat, cuma risau sebab aku tak banyak lagu sendiri dan aku tak berapa mahir bawak lagu cover. Dalam kerisauan itu terciptalah 6 lagi buah lagu dalam koleksi. Dan semua lagu-lagu sudah 'kawan' approved. Maknanya lagu ni boleh 'go' lah! haha!
kawan2 aku yg follow mlm tadi sgtlah baik tolong kasik make-up muka aku. Big hugs to my girls! korg mmg terbaek! (^^) Tapi aku ni tak besa make-up tebal2. Balik je hostel aku basuh muka.. dekat 4 kali nk buang sume kesan2 make-up! huhu..lenkali go natural sudeyh~
cam biasa naik atas stage aku nervous nk mampos. spotlight sgtlah terang dan dekat ngan muka aku. Sgt lah nervous!! tapi melihatkan wajah kawan-kawan yang aku kenali, aku dpt perform secara moderate...kot? hehe..
malam tadi lagu yang aku bawa;
"Cerita Engkau dan Aku"
Cover "Rocket" - Yuna
"Then We Came to the End"
Plan nak bawak lagu "Sepasang Sayap", tapi tak dpt, sebab limited time...apa nk buat..tapi aku sgt seronok!! Paling terharu bila aku nak turun stage tu aku terdengar suara2 jerit "encore!" "one more!"...korg mmg sporting la!! =D
TERIMA KASIH DAUN KELADI pada mereka yang menjemput aku!
P/s: #1 (dalam sesi kasik bunga pada performer)
kasik bunga ros takpe lagi...tapi kalau ko kasik terus satu stand bunga mangga aku nk buat apa!? haha!!
No comments:
Post a Comment