sepatah dua kata...

ini adalah blog koleksi lirik dan irama lagu ciptaan fairuza binti mohd nasir.

Tidaklah hebat sangat, tapi saya harap ia mampu membuat anda tersenyum walaupun hanya sedikit cuma...

Monday, April 5, 2010

setakat ini...

hmm... sejak februari 2010 sudah 7 lagu di tulis

Sejak lagu nukilan (lagu pertama) di rakam menerusi mikrofon laptop bersama kawan-kawan, jari-jemari bagai ketagih untuk menulis lebih lagi lagu.

Gitar akustik aku (shuji) sentiasa berada di sisi meja macam dia sedia menanti aku untuk main lebih lagi.

Aku tak pernah perform di khalayak ramai, tapi sejak aku di beri peluang di music+Cafe Gravy Baby! bertarikh 3hb April 2010, perasaan bagai impian sudah tercapai.

Aku harap sangat pada yang hadir hari itu terhibur dengan persembahan aku.

So, sekarang lagi 3 minggu nak final paper, aku kena cool down sikit....gitar dh masuk dalam beg.. letak jauh sikit... Takut nanti aku gian lagi!!

Sabar beb! Bulan Jun nanti aku akan cari lebih lagi ilham!
(kebetulan itu bulan hari lahir aku lak tu!)

siapa yang berminat mendengar koleksi lagu2 aku setakat ni,
boleh la klik di sini >> koleksi mp3
Aku letak semua dalam satu folder mediafire.
lagu fevret aku adalah yg paling latest Cerita Engkau & Aku & Semalam

aku harap korg pun suka jugak...=p

assalamualaikum~
dan terima kasih semua! :D

*P/s - koleksi mp3 semua di rakam guna microphone PC je, so bunyi agak slow skit je :p

No comments:

Post a Comment